Heck.

Baru empat tapak ke depan, terpacul daripada DIA,
Aku : Kau tak rasa pelik ke? ( berhenti )
Orang di sekililing memandang aku dan DIA semacam. A guy with pink shirt and also pink short? Dan pada baju-T merahnya tertulis 'Why Be Normal?'. Padahal ia merujuk kepada cara pemikirannya yang tak biasa dan selalu mahu lari daripada kebiasaan ( atau realiti? ). Tapi fikirlah apa yang orang akan fikir! He is my bestie.
Hati terdetik : Whyy is so hard for me to find a sincere love?
Otak mencetuskan : Apa yang tak kena?
Emosi : Am I so in love with myself?
Rasional mengiakan : Aku memang seorang narsisistik.
Orang kata : Do not judge a book by its cover.
Orang juga kata : Cinta , turun dari mata lalu turun ke hati.
Mana satu yang betul?
Aku renung mata aku dalam-dalam, cuba menyelam ke dalam hati dan mentafsirkan : apa yang aku inginkan untuk diri aku?
Aku elak pandangan aku sendiri. I disgust myself! Nyata aku bukan narsisistik. What is the point am I posted this thing? Actually, i dont know too. HAHAHA xD

When the heart is broken , it bleeds life out of you. Cinta yang hancur bererti hidup yang mati. Lukanya tak nampak dengan mata kasar. Tak macam luka pada lutut ni. Tapi kau tak tahu semua tu. You are always the heartbreaker. Macam mane agaknya kalau hati kau yang remuk redam? Apa yang kau akan rasa wahai kaum lelaki? Err, oke. Tak kesah lah, kaum lelaki atau perempuan yang suka memainkan perasaan orang ni.

Prolog. Who am i?

DOES ANYONE KNOW what love really is? Soalan maut yg aku sndiri ta tahu jawapannya. Mungkin kerana aku tak ( atau belum? ) pernah betul-betul merasai cinta. Cinta yang sebenar-benarnya. Cinta. L.O.V.E.


Nama aku Siti Nur Amalina binti Md Noor Haidei. Masih bersekolah lah. Err, betapa lambatnye mase berjalan. HAHA :D Sudah banyak kali putus 'cinta' ( ayat yang agak biadap ) Klau betul cinta, mengapa tak kekal? Setiap kali aku bertanyakan itu, datang satu lagi soalan : Apa itu cinta?

JARANG aku hadap novel-novel cinta, walaupun aku Section Head untuk fiction yang merangkum genre romance ( selain classic literature, mystery / thriller dan science fiction and fantasy ). Itu sebab aku susah untuk memahami cinta, mungkin? Tapi novel cinta bukan buku teks untuk hal rindu, kasih, hati dan perasaan. Buku rujukan saja, mungkin. Cinta atas kertas tak sama dengan cinta yang love, atau love yang cinta. Yang sebetulnya cinta.

Jadi, dari mana boleh aku belajar tentang cinta? Harus aku jatuh cinta dulu, kan? Lagi sekali aku bertanya : Apa itu cinta? Infatuation. Agaknya itu yang aku rasa time bersama TETT, dan TETT kemudiannya :D Kegilaan yang marak tiba-tiba dan terus padam. Old flames - TETT dan TETT. Atau puppy love? Rasanya tetap cinta, kan?

What is the ultimate purpose of living? - To love. Aku pernah katakan itu pada TETT. Dan, the greatest thing you'll ever learn is just to love and be love in return. Lagak macm pujangga, kan? Jiwang kononya! Ayat-ayat itu ta bermakna kalau hati aku vakum tanpa emosi cinta. Hidup tak dapat diertikan tanpa cinta. Sebab itu aku mahu cinta. Tapi, I am but a love-fool. Tentang cinta aku bodoh.

Dan sekarang aku harus bersedia ( harap-harapnya ) untuk merasai cinta. Yang benar-benar cinta. Orang kata, cinta punya segala emosi. Aku ingin rase segala emosi tuu. Aku mahu rindu. Aku mahu sangsi. Aku mahu cemburu. Aku mahu marah. Aku mahu menangis. Aku mahu sengsara. Aku mahu bahagia. Dan tidak lupa juga, aku mahu mencinta dan dicintai xD

Jadi, ini kisah aku. Cerita cinta, mungkin? Cerita aku ( dan beberapa orang lain ), pasti. Maybe it will be a sad love story, i dont know. HAHA, Tuhan jatuhkan cinta untukku xD